DETIK OFFLINE
KUALA LUMPUR: Kira-kira 300 orang berhimpun di luar bangunan Parlimen
bagi membantah kenaikan gaji minimum yang tidak seberapa, tetapi
dihalang polis daripada menyerahkan satu memorandum kepada Menteri
Sumber Manusia, M Kulasegaran.
Kumpulan itu yang menggelar diri “Bantah1050”, merujuk gaji minimum
baru, susulan kenaikan RM50 yang diumumkan Jabatan Perdana Menteri bulan
lalu, melaungkan slongan ketika beberapa wakil mempertikaikan tindakan
polis yang enggan membenarkan mereka memasuki kawasan Parlimen.
Bantah1050 ialah gabungan terdiri daripada Alternatif Sosialis,
Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE), Malaysia Muda, Kongres Kesatuan
Sekerja Malaysia (MTUC) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Terdahulu, mereka berarak dari Padang Merbok ke Parlimen dan menuntut gaji minimum dinaikkan sekurang-kurangnya kepada RM1,500.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan