HALAMAN SANTAI

Rabu, 17 Oktober 2018

Tolak politik wang, contohi pejuang PKR sejak 20 tahun lalu, kata Azmin

Shawaliah Hadir

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menasihatkan anggota parti khususnya di kalangan generasi muda supaya menolak amalan politik wang.
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menasihatkan anggota parti khususnya di kalangan generasi muda supaya menolak amalan politik wang dalam pemilihan parti itu. 
 

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menasihatkan anggota parti khususnya di kalangan generasi muda supaya menolak amalan politik wang.

Beliau juga meminta agar mereka mencontohi pemimpin lama yang berjuang demi PKR sejak parti ditubuhkan 20 tahun yang lalu tanpa mengharapkan balasan kuasa dan wang.

“Kita tidak menggunakan wang atau kuasa untuk mendapat dalam beberapa pilihan raya sehinggalah baru-baru ini.

“Jadi anggota khususnya yang muda yang ingin menawarkan khidmat dalam parti mereka harus belajar daripada pemimpin-pemimpin lama dalam perjuangan ini yang melalui proses getir berjuang untuk rakyat,” katanya kepada pemberita di Parlimen.

Azmin berkata, Mesyuarat Biro Politik PKR semalam membincangkan secara keseluruhan pemilihan parti yang perlu dijalankan berintegriti tanpa amalan rasuah.

Politik wang semakin membimbangkan – Rafizi

Tanpa menyebut adakah dakwaan Naib Presiden Rafizi Ramli bahawa amalan politik wang parti itu semakin membimbangkan khususnya pada musim pemilihan ini diperincikan semalam, Azmin berkata, semua aduan berkenaan dengan rasuah dalam parti akan disiasat oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).

“Kita bincangkan secara umum tentang proses pemilihan mestilah telus dan terbuka dan sebarang aduan yang kita terima akan disiasat oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP),” tambahnya.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dakwaan Rafizi akan dibincangkan pada Mesyuarat Biro Politik parti itu yang berlangsung semalam sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.

Dalam pemilihan PKR, Azmin bertanding mempertahankan jawatan timbalan presiden berhadapan dengan pesaingnya, Rafizi. Setakat ni Azmin mendahului Rafizi selepas pemilihan fasa pertama di Selangor selesai minggu lalu. -MalaysiaGazette


Tiada ulasan: