HALAMAN SANTAI

Rabu, 17 Oktober 2018

Pusat penyelidikan bimbang minum air paip bahayakan kesihatan




PETALING JAYA: Sebuah badan penyelidikan di bawah Universiti Sains Malaysia (USM) bimbang tindakan minum air paip secara terus akan membahayakan kesihatan orang ramai.

Ini kerana, Timbalan Pengarah Pusat Kajian Kelestarian Global, Dr Mohd Sayuti Hassan berkata, air paip mengandungi bakteria Escherichia coli (E.coli).

“Ia akan memudaratkan kesihatan jika kandungan E.coli banyak. Virus ini hanya akan musnah jika air itu dimasak sehingga mendidih.

“Klorin yg dimasukkan ke dalam air tidak dapat mematikan bakteria E.coli,” katanya kepada FMT susulan jaminan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr A Xavier Jayakumar yang air paip diproses loji rawatan air di Malaysia selamat diminum terus,

Beliau dilaporkan berkata, jika ada masalah, ia bukan berpunca daripada loji rawatan air.

“Memang air yang keluar dari paip boleh diminum di seluruh negara, tak ada masalah. Kalau ada masalah, itu masalah tempatan bukan sebab loji.

“Air yang keluar dari loji-loji yang kita ada di seluruh Malaysia 100% boleh diminum,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Sayuti mencadangkan orang ramai hanya meminum air yang ditapis dan dimasak kerana kandungan logam berat dalam air paip boleh memudaratkan kesihatan.

“Penapisan yang baik sahaja akan dapat menyahkan kandungan ‘heavy metal’. Persoalannya adakah air paip di Malaysia ditapis pada tahap memuaskan?”

Tiada ulasan: