Remaja ternampak tangan bayi terkeluar dari bungkusan di hentian bas
KUALA LUMPUR
– Mayat seorang bayi lelaki ditemui dalam sebuah beg plastik di perhentian bas
Flat Sri Intan, Jalan Bukit Permai, dekat sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP
Noor Azmi Yusof berkata, mayat bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan itu
ditemui seorang remaja perempuan, kira-kira jam 6.40 petang sebelum memaklumkannya
kepada polis.
“Hasil temu bual, remaja berusia 14
tahun itu memaklumkan menemui sebuah bungkusan plastik dalam keadaan
mencurigakan ketika tiba di perhentian bas, sebelum terlihat satu objek disyaki
tangan bayi terkeluar daripada beg plastik itu.
“Pegawai perubatan Hospital Ampang
yang tiba di tempat kejadian mengesahkan bayi itu sudah meninggal dunia,”
katanya dalam satu kenyataan.
Noor Azmi berkata, pemeriksaan
forensik oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor mendapati bayi terbabit
tidak ada tali pusat dan dimasukkan ke dalam plastik putih serta hitam sebelum
ditinggalkan di tempat kejadian.
Mayat bayi itu dihantar ke Pusat
Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat, dan kes disiasat
mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan. -Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan