HALAMAN SANTAI

Selasa, 4 Jun 2019

Menteri Kewayangan ini tak pernah tak tipu.


Selepas PH menang dan Guan Eng menjadi Menteri Kewangan, dia tak bayar refund untuk income tax dan GST pada bulan Jun 2018 (seperti dibukti dalam laporan bulanan BNM).

Lalu dia tuduh BN sudah rompak RM37 bilion wang refund income tax dan GST ini.

Tapi:

- Tiada tindakan diambil walaupun telah setahun kita telah buat laporan polis terhadap kita sendiri atas "rompakan" ini.

- Bila kita tuntut RCI untuk "rompakan" besar-besaran ini, PH tak mahu buat.


- laporan audit negara kerajaan PH menunjukkan kebanyakkan tuntutan tunggakan bayaran balik input GST memang tidak patut dan tidak layak untuk dibayar. 


- Kebanyakkan tuntutan tunggakan yang layak dibayar ini juga berlaku untuk bulan April dan Mei 2019 - bermaksud bayaran balik untuk bulan-bulan itu adalah tanggungjawab PH kerana tungakan sesuatu bulan akan dibayar pada bulan berikutnya.

 
Lepas itu, Guan Eng gunakan alasan mahu bayar balik "rompakan" untuk paksa Petronas bayar dividen RM82 bilion.

Lalu dia berjanji bahawa bayaran balik ini akan dibuat mula tahun 2019 ini.

Tetapi laporan Perbendaharaan Negara dari Menteri Kewangan minggu lepas menunjukkan bahawa hanya RM2.5 bilion telah untuk tuntutan cukai pendapatan dan RM3 bilion untuk input GST sahaja telah dibayar balik di dalam tempoh suku pertama tahun 2019.

Ekonomi Malaysia Suku Tahunan – Suku Pertama 2019 (Muka surat 8, point 18) http://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/Q1-2019/Q1-2019.pdf

Angkat RM82 bilion dari Petronas tapi bayar balik RM5.5 bilion sahaja.

Itupun kerana RM5.5 bilion ini sepatutnya dibayar pada bulan Jun 2018 tapi PH tak bayar.

Yang lain masuk poket kerajaan PH.

Ini penipuan tahap tinggi:

PH dapat alasan untuk menjarah duit Petronas dan pada masa yang sama boleh tuduh BN merompak padahal mereka sendiri yang tak bayar pada bulan Jun 2018 itu.

NOTA: Kalau wartawan nak kantoikan Menteri Kewayangan ini, cuba tanya soalan ini kepada dia:

"GST masih berjalan pada bulan Mei 2018. Berapa Ringgit tuntutan input GST yang kerajaan PH bayar balik pada bulan Jun 2018?"- MINDA RAKYAT.



Tiada ulasan: