Sebuah agensi pelancongan memfailkan saman terhadap Menteri
Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menuntut
RM328,901 untuk tiket penerbangan dan penginapan hotel yang belum
dibayar.
Mengikut
tuntutan tersebut, firma itu telah menempah tiket penerbangan dan
penginapan hotel untuk Azmin, keluarganya, rakan-rakan dan kakitangan
kementerian.
"Bagaimanapun, dalam hal ini, pembayaran telah tertunggak untuk jangka masa yang lebih lama daripada jangka masa yang disebutkan di atas," kata firma tersebut.
Firma itu berkata ia telah menguruskan perjalanan Azmin selama 20 tahun, di mana kedua-dua pihak tidak pernah ada pertikaian.
Pada bulan Ogos dan September lalu, firma itu mengeluarkan dua surat tuntutan kepada Azmin untuk jumlah tersebut, tetapi tidak ada bayaran dibuat dan oleh itu plaintif menyatakan ia mengalami kerugian dan kerosakan.
Writ saman YHA Travel & Tours' difailkan firma guaman Tetuan Fong Yap & Gan.
Antara lain, kenyataan tuntutan pihak agensi pelancongan itu berkata plaintif telah menyediakan tiket penerbangan untuk percutian akhir tahun keluarga Azmin di Maghribi dan lawatannya semalaman pada Mei ke Sandakan, Sabah.
Malaysiakini telah menghubungi pejabat Azmin untuk mendapatkan maklum balas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan