Walaupun dikurniakan gelaran dari istana, pelakon Mustapha Kamal menganggap ia hanyalah 'pinjaman' semata-mata.
Bagi Mustapha, sikap positif terhadap sesama manusia ialah amalan yang lebih disanjung tinggi berbanding sesebuah gelaran diberikan.
“Yang terbaik dan terpenting ialah perilaku baik, sentiasa membantu orang, tak berbuat hal-hal tercela dan (berupaya) mengawal diri.
“Jangan menyakiti hati orang lain kerana karma itu ada dan yang terpenting melatih diri agar selalu sihat zahir dan batin,” katanya.
Gelaran tersebut dikurniakan kepada pemilik nama penuh Mustapha Kamal Mohd Daud itu pada Istiadat Pengurniaan Darjah Bintang dan Pingat Kebesaran Kelantan sempena Hari Keputeraan Sultan Muhammad V ke-50, di Istana Balai Besar, Kota Bharu.
Pada masa sama, Mustapha, 57, menjelaskan, kesihatan dan kekayaan merupakan modal utama untuk bahagia dalam menikmati kehidupan.
“Semoga kita semua bahagia di dunia dan akhirat,” katanya.

Kejayaan seorang suami ialah kerana sokongan, dorongan dan dokongan seorang isteri. Kekuatan yang ada dalam diri dan di jiwa suami adalah kerana isteri.
“Peranan isteri paling penting untuk kejayaan suami dan keluarga ... berkat kesabaran dan kesungguhan usaha, Insya-Allah.. Dia maha penyayang,” katanya.
Menurutnya, dia sedang mencari kejayaan itu dunia akhirat.
Ramai pengikut dan rakan baik memberikan ucapan tahniah atas pengurniaan gelaran berkenaan, termasuk pelakon, Sabri Yunus.
Mustapha yang memulakan kerjaya dalam bidang lakonan sejak 1988 popular melalui Adik, filem dilakonkannya bersama Allahyarham Mr Os.
Hasil perkongsian hidup dengan pasangannya selama 21 tahun, pasangan selebriti itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sabella Qawiema, 20, Aulia Qayyiem, 18, Salsabil Qur’ani,16, dan Naqil Qaddiem, 13.
Mustapha mempunyai enam lagi anak menerusi dua perkahwinan terdahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan