
Justeru, bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tidak ada alasan bagi pengundi di kawasan itu menolak calon BN, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng.
Hishammuddin berkata, Tanjung Piai boleh menjadi platform dengan penerimaan Pas terhadap Jeck Seng yang membuktikan konsep penyatuan ummah dibawa Pas dan UMNO mampu membuka lembaran politik baru di negara ini.
“Tanjung Piai boleh membuktikan kita BN sekurang-kurangnya walau ada Penyatuan Ummah dengan Pas dan Pas boleh terima (calon) MCA, saya harap pengundi Tanjung Piai boleh terima sahabat saya dan kita bergerak ke hadapan,” katanya.
Sabtu lalu, Pas secara terbuka mengarahkan semua ahli dan pengundi parti itu untuk mengundi Jeck Seng.
Malah Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor, Dr Mohd Mazri Yahya juga yakin Jeck Seng akan membawa kemenangan sekali gus menjadi PRK pertama yang dimenangi selepas Piagam Muafakat Nasional dimeterai bersama UMNO pada 14 September lalu. -MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan