PAS Melaka membayangkan parti itu boleh mendapat bantuan
malaikat jika anggota dan penyokongnya sentiasa "menjaga hubungan dengan
Allah" semasa menjalankan sebarang aktiviti penerangan.
Hadis yang dipetik itu, katanya, menceritakan kata-kata Nabi Muhammad kepada seorang sahabat yang juga penyair terkenal, dikenali sebagai Hassan Ibnu Tsabit, iaitu: "Seranglah mereka atau hinakanlah mereka dengan syairmu, semoga Jibril membantumu."
Kata Wan Zahidi, usaha penerangan melalui karya penulisan juga boleh dijadikan 'senjata' untuk menyerang musuh dan ia dibuktikan dengan seruan nabi kepada Hassan agar mencipta syair bagi mencela dan menyerang kafir Quraisy.
"Apabila idea kita dibantu oleh malaikat, insya-Allah ada keberkatan di situ," katanya seperti dilaporkan portal Berita PAS.
Zahidi dilaporkan berkata demikian ketika merasmikan Bengkel Strategi Penerangan PAS Melaka di Sungai Udang, Melaka, semalam.
Wan
Zahidi berkata apa yang lebih penting semasa menyediakan bahan
penerangan parti bagi menyerang musuh, petugas harus mengikut lunas yang
dibenarkan Islam.
Sementara itu Ketua Penerangan PAS Melaka, Bakri Jamaludin, menjelaskan aktiviti penerangan parti itu kini tidak lagi menumpukan kepada kaedah tradisional seperti ceramah dan edaran risalah.
Sebaliknya kata Bakri PAS Melaka memberikan tumpuan sehingga 70 peratus kepada wadah baru seperti media sosial, berbanding kaedah tradisional.
Pendekatan itu, katanya, dibuat kerana PAS Melaka menyedari telefon pintar dan media sosial - seperti Facebook dan WhatsApps - adalah lebih popular berbanding media lain.
"Jika di dalam satu-satu rumah itu ada lima telefon pintar pastikan maklumat PAS sampai ke kelima-lima telefon pintar tersebut," ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan