
Peguam Negara Tommy Thomas mengarahkan kes laporan kematian mengejut Teoh Beng Hock disiasat semula bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan (Kurungan Salah), kata Ketua Polis Selangor Noor Azam Jamaludin.
Noor Azam berkata polis telah menubuhkan pasukan siasatan khas melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Selangor dan Bukit Aman bagi menyiasat perkara itu.
Siasatan semula itu bagi dibuat susulan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa kematian mendiang adalah kesalahan jenayah, mendiang jatuh dari bagunan kerana tindakan menyalahi undang-undang dan didorong pihak tidak dikenali termasuk pegawai SPRM dan mendiang ditahan secara konstruktif.
Menurut polis, setakat ini lima pihak telah dirakamkan percakapan mereka, termasuk anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah dan peguam M Manoharan.
Penulis Tricia Teoh yang membangkitkan isu kematian mendiang dalam akhbar pada Julai lalu akan turut dipanggil membantu siasatan.

"Kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara dari masa ke semasa,” kata Noor Azam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan