DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
DALAM jawapan bertulis Menteri Kewangan kepada saya
bertarikh 11 November 2019, Kerajaan yang diterajui PH memperakui bahawa
Hutang Kerajaan Persekutuan sehingga akhir Jun 2019 ialah RM799.1
bilion berbanding hanya RM725.2 bilion pada akhir Jun 2018. Kerajaan
telah membuat pinjaman kasar RM138.8 bilion dalam tempoh setahun.
Antara kritikan utama PH ketika menjadi pembangkang dahulu ialah hutang
kerajaan yang semakin meningkat. Namun, jelas selepas setahun lebih
mentadbir kerajaan, PH ternyata gagal menguruskan ekonomi dengan baik
sehingga berlaku peningkatan hutang yang tinggi dalam tempoh setahun.
Ini belum diambil kira kejatuhan matawang purata 0.1 peratus yang
diperakui oleh Timbalan Menteri Kewangan di Dewan Rakyat tadi sedangkan
PH dahulu menuduh Najib adalah punca kejatuhan matawang dulunya. Ia
sudah tentu memberi kesan kepada kenaikan harga barangan di pasaran
khususnya yang melibatkan barangan yang diimport dari luar negara.
Kejatuhan nilai eksport minyak kelapa sawit, harga getah yang masih
lagi rendah, nisbah pengangguran 3.3 peratus dengan bilangan penganggur
519,800 orang kerana banyak syarikat dan kilang gulung tikar kerana
ketidaktentuan ekonomi, semua ini adalah manifestasi kegagalan PH dalam
menguruskan ekonomi negara.
Kerajaan memerlukan suasana
politik yang stabil bagi menguruskan ekonomi negara. Namun ia sesuatu
yang tidak berlaku di saat ini kerana sesama PH sendiri pun bertembung
dan berlawan sebagaimama perang dingin dalam PKR dan pertembungan dalam
isu peralihan kuasa sebagai Perdana Menteri.
Sekian.
“Islam Memimpin Perpaduan”
DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan