HARAKAH DAILY
GELOMBANG Muafakat Nasional terbukti amat positif
diterima oleh rakyat Malaysia yang majmuk atas hasrat inginkan hidup
penuh harmoni dan aman damai. Tanjung Piai sekali gus bererti rakyat
juga menolak politik ekstrem yang membangkitkan sumbu kebencian dan api
sentimen perkauman dibawa PH.
Baik pada parti yang
bertanding, mahupun penduduk tempatan, PRK P.165 Tanjung Piai telah
memberi pengajaran berguna betapa terhadap isi hati kaum Melayu, Cina
dan India mahu hidup bersama dan bukannya berpecah. Ianya amaran paling
tegas buat PH yang tentunya bakal menempuh ambang bahaya PRU15.
Rakyat juga sedang memberi satu mesej jelas menolak pendekatan politik
fitnah, haru-biru, menipu dan memungkiri janji, serta politik dendam
lagi tidak matang tajaan PH. Pun begitu, ia bukan keselesaan buat BN dan
GS yang perlu terus meyakinkan rakyat dengan formula telah digagaskan.
Kerjasama dan setiakawan serta memastikan berlakunya satu lawan satu
pada PRU15 nanti adalah strategi termudah untuk menempa kejayaan,
seterusnya memastikan pembinaan kembali Malaysia yang lebih sejahtera
kelak. Martabat rakyat mesti diletakkan sewajarnya dengan kepentingan
negara dijamin sebaiknya.
Kemenangan diraih ini perlu
dijadikan sebagai titik untuk kita melangkah lebih gagah dan terancang
tanpa membawa sikap-sikap yang boleh menghilangkan kepercayaan rakyat.
Kami berbangga membuktikan kepada PH betapa PAS tidak menggadai prinsip
sebagaimana dituduh, tetapi memimpin setiakawan.
Tahniah
MCA-BN dan juga calon Dato’ Seri Dr Wee Jeck Seng serta seluruh petugas
Muafakat Nasional atas penyatuan yang telah dizahirkan hingga rempuhan
besar PH berjaya dihadapi. Kami menyeru semua pihak untuk berubah dan
akur untuk berpolitik dalam ruang lingkup matang dan sejahtera
sebagaimana pengajaran diberikan pengundi Tanjung Piai.
“Islam Memimpin Perpaduan”
“Demi Islam”
IR HAJI KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN -Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY

Tiada ulasan:
Catat Ulasan