DUN SELANGOR | Kerajaan Negeri Selangor diminta mempertimbangkan cadangan penanaman ganja bagi tujuan perubatan di negeri ini.
"Saya mohon kerajaan Negeri dengar dahulu cadangan saya, jika perlukan pembentangan berhubung cadangan ini, saya akan bentangkan secara terperinci kepada Dewan.
"Cuma saya minta jangan tolak cadangan ini mentah-mentah, dengar dahulu (cadangan) kemudian barulah pertimbangkan," katanya pada sesi perbahasan Belanjawan Selangor 2020, pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Shah Alam, hari ini.
Beliau berkata, Kerajaan Negeri Selangor perlu melihat cadangan itu dari sudut positif kerana ia dilihat akan memberi kebaikan kepada industri pertanian di negeri ini.
"Saya pernah cadangkan penanaman ganja di Selangor dan saya tetap dengan pendirian saya kerana kerajaan Australia juga akan membenarkan cadangan ini di negara mereka menjelang 2020.
"Menerusi cadangan ini kita boleh membuat kajian hasil tanaman ganja untuk perubatan kita sendiri dan hasilnya itu juga nanti boleh dieksport ke luar (negara)," katanya.
Sidang DUN bersambung esok.- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan