HALAMAN SANTAI

Khamis, 12 Mac 2020

7 bekas exco dijangka menghadap Sultan Perak

 
Malaysiakini
 
 
Tujuh daripada 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak dijangka menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, hari ini.

Menurut sumber, tujuh bekas exco daripada kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan (PH) akan menjunjung kasih ke atas Sultan Nazrin di Istana Kinta di Ipoh, pada jam 5 petang.

Semalam, Sultan Nazrin memberi perkenan peletakan jawatan Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak ke-12 sekali gus menyaksikan pelucutan jawatan semua anggota exco berkenaan.

Pada Isnin, Ahmad Faizal mengumumkan Perikatan Nasional Perak terdiri daripada Umno, PAS dan Bersatu mendapat sokongan majoriti 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada keseluruhan 59 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri yang baru.- Bernama

Tiada ulasan: