KUALA LUMPUR – Semua ahli Pas diwajibkan mematuhi arahan
pihak berkuasa berkaitan Covid-19 atas dasar kepatuhan agama bukan
setakat pematuhan undang-undang semata-mata.
Setiauasaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, partinya
menyokong penuh segala langkah kerajaan menangani isu pandemik di negara
sekarang.
“Pas selain daripada membatalkan semua program awam yang
berbentuk perhimpunan dan ceramah sejak pertengahan bulan Februari ini
juga turut menangguhkan semua mesyuarat agung dan muktamar sehingga satu
tarikh yang belum ditetapkan dengan ketetapan Jabatan Pendaftaran
Pertubuhan Malaysia,” ujarnya dalam sau kenyataan hari ini.
Justeru, Pas menggesa semua rakyat Malaysia akur serta mematuhi
Perintah Kawalan Pergerakan yang dilakukan kerajaan berdasarkan
undang-undang.- MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan