MEDAN BERITA POLITIK : KE ARAH BERFIKIR, MENGINSAFI DAN BERTINDAK
HALAMAN SANTAI
Jumaat, 6 Mac 2020
Bangun segera Melayu, jangan lagi amal politik bodoh, bebal
Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Lihatlah ultra kiasu tidak kira parti apa, mereka sentiasa bersatu hati
TINGGALKAN
segara politik bodoh dan bebal ini jika sayangkan agama, bangsa dan negara.
Kalau susah sangat nak belajar daripada politik Islam pada zaman baginda
Rasulullah SAW yang penuh dengan hikmah, sekurang-kurangnya tengoklah politik
Cina. Lihat bagaimana Cina berpolitik, menjaga bangsanya.
Lihat
bagaimana ultra kiasu tidak kira parti apa, bersatu hati, bila isu pendidikan
Cina seperti SJKC dan UEC. Tanpa berbelah bahagi, mereka bersatu. Belum apa-apa
lagi Dong Zong sudah mahu bertemu dengan perdana menteri (PM) yang baharu untuk
bincang isu pengiktirafan UEC. Saya dah kata dahulu, mengiktiraf UEC sama
seperti mengiktiraf komunis.
Kita
bukan sahaja bercakap soal pendidikan, tetapi lebih daripada itu.
Kita
ada tanggungjawab yang lebih besar, menjaga agama, selain negara dan bangsa.
Tak ada gunanya jadi jawatan nombor satu berada di tangan orang Islam,
sedangkan agama Islam itu sendiri tidak berada di tempat selayaknya. Malah
diperlekeh, menjadi bahan hinaan dan cacian.
Justeru,
siapapun menjadi PM dan memerintah, asalkan dapat menjaga Islam, sokonglah.
Dunia, kuasa dan harta hanya sementara. Bukan boleh bawa mati. Tiba masa, kita
tinggalkan semua.
Hindarkan
tabiat melaga-lagakan, tikam menikam, tikam belakang sesama kita. Semua kita
ini bersaudara, tidak kira apa jua bangsa dan latar belakang.
Sebab
itu, jangan terlampau berkira. Asalkan berada dalam ruang lingkup adil,
berlebih kuranglah. Saya sangat teruja kepada pandangan Presiden PAS. Serahkan
kepada budi bicara PM untuk menentukan barisan Kabinetnya. Yang penting, Islam
berdaulat dan dimartabatkan.
Sejak
Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi PM, macam-macam yang kita dengar.
Ada
yang kata, PPBM akan dikuasai oleh UMNO begitu juga sebaliknya. PAS akan
dipinggirkan sekali lagi mengambil kira iktibar kerajaan campuran bersama BN
1970-1978. Pendek kata, macam-macamlah yang kita dengar untuk memecahkan
kembali umat Islam ini.
Takkan
tidak lagi ambil iktibar.
Asalkan
bukan ultra kiasu berkuasa dan memerintah, berlebih kuranglah. Apa yang
penting, agama Islam, maruah Melayu, bahasa Melayu, raja-raja Melayu, hak
istimewa Melayu dan bumiputera dan berkaitan terjaga dan terpelihara.
Kesilapan
dan kehancuran yang paling besar adalah apabila ultra kiasu dibiarkan bermaharajalela
sehingga tergadai maruah agama, bangsa dan negara.
Hari
ini, ultra kiasu berjaya ‘dibenamkan’ buat seketika. Sudah pasti ultra kiasu
sedang merancang untuk bangkit semula. Ultra kiasu tidak pernah kenal erti
putus asa. Selagi parti dan NGO mereka tidak haramkan, selagi itulah, mereka
tidak akan putus-putus untuk menjahanamkan kita.
Justeru,
sementara mereka sedang merancang untuk kembali semula, ambiklah peluang ini
sebaik-baiknya untuk tenggelamkan mereka setelah berjaya membenam mereka.
Perkuatkan
saf. Kita tidak punya banyak masa lagi sehingga Mei 2020, Parlimen yang
ditangguhkan akan bersidang.
Apa
saya dapat cadangkan adalah;
Pertama,
tinggalkan dan buang jauh-jauh politik bebal dan bodoh. Sokong PM yang baharu
tanpa berbelah bahagi, selagi mana beliau berada di landasan yang betul dalam
menjaga agama, bangsa dan negara.
Kedua,
haramkan segera parti politik dan NGO ultra kiasu. Bukti-bukti telah ada
menunjukkan betapa rasisnya pertubuhan ini. Sebelum ini pun, NGO rasis
pendidikan mereka telah diberikan amaran demi amaran, tetapi tidak ada tindakan
tegas dikenakan. Rujuk pautan ini,
https://www.sinarharian.com.my/article/42823/BERITA/Nasional/Tun-M-kecam-Dong-Zong-sindir-DAP
Ketiga,
jika MCA, masih berkeras mempertahankan UEC, jangan masukkan mereka dalam
barisan pembentukan Kabinet yang baharu. Lantik Cina dalam kalangan profesional
yang boleh menjaga kepentingan orang Cina secara keseluruhan. Barisan Kabinet
yang baharu perlu kukuh. Jangan simpan gunting dalam lipatan atau duri dalam
daging.
Keempat,
lantik seorang timbalan perdana menteri daripada kalangan Bumiputera, sama ada
Sabah atau Sarawak. Cukuplah, seorang perdana menteri daripada Semenanjung,
timbalannya biarlah daripada Sabah atau Sarawak. Bumiputera Sabah Sarawak jauh
lebih layak, bukannya ultra kiasu.
Kelima,
mereka yang mahu turun ke jalanan, berdemonstrasi, sebagai protes kepada
kerajaan dan Kabinet baharu, mesti diambil tindakan tegas dan disumbat ke dalam
penjara.
Keenam,
kepada mereka yang akan dilantik memegang jawatan dalam Kabinet, ingatan saya,
jangan bawa perangai UMNO yang lama. Berubahlah. Ambil iktibar dan pengajaran.
Saya
sentiasa bersangka baik terhadap pimpinan UMNO, dan bekas pimpinan mereka, atas
alasan, manusia in boleh berubah, boleh mengambil pengajaran.
Percayalah
jika kamu masih lagi tidak berubah, tetap dengan perangai lama, mengamalkan
rasuah dan kroni maka tunggulah kehancurannya.
Label
kleptocrat yang diberikan ultra kiasu, buangkanlah jauh-jauh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan