KUALA
LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Ahmad
Shabey Cheek memberi peringatan kepada semua pihak yang kini berada di
tampuk pemerintahan negara agar jangan mengikut rentak pemimpin Pakatan
Harapan (PH) yang membenarkan sifat ‘dragon’ masuk menyelinap dalam
diri.
Ahmad Shabery memberi perumpamaan sebegitu kerana baginya ‘dragon’
atau naga adalah haiwan mitos yang tak pernah wujud tetapi lagendanya
ada dalam pelbagai hikayat China atau Barat.
“Haiwan ini lambang kuasa, ego, angkuh dan ganas. ‘Dragon’ tak boleh dikalahkan oleh sesiapa.
“Yang boleh mengalahkan ‘dragon’ hanyalah ‘dragon’ itu sendiri. Bukan
‘dragon’ yang lain tapi hembusan api yang datang dari tubuhnya
sendiri,” jelasnya dalam satu hantaran di Facebook.
Begitu juga dengan runtuhnya kerajaan PH, ulasnya lagi.
“PH tidak dikalahkan oleh musuhnya. PH kalah dari api ego dalaman mereka sendiri.
“Yang menjatuhkan ‘dragon’ PH ialah PH sendiri,” tegasnya.
Tambahnya lagi, PH ketika memerintah bermula dengan menyemarakkan api kemarahan rakyat.
“Menang dan memerintah dengan cengkaman yang menakutkan.
“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam
Negeri (LHDN) dan mahkamah digunakan untuk orang yang mereka benci dan
memaafkan orang yang menyebelahi mereka.
“Manifesto bukan kitab suci. Bahkan ada yang kata Nabi pun tak tunai janjinya,” bidasnya. – UMNO ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan