HALAMAN SANTAI

Jumaat, 20 Mac 2020

Kawalan bersama tentera bermula jam 12.01 pagi

Wartawan MalaysiaGazette
MGF290819_RAPTAI-MERDEKA03
foto SYAFIQ AMBAK
 

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia akan ditugaskan untuk membantu Polis Diraja Malaysia dalam menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan dalam membasmi penularan wabak Covid- 19 mulai jam 12.01 pagi, hari Ahad ini.

Berikutan itu, orang ramai dinasihatkan mematuhi segala arahan daripada pihak berkuasa seperti mana keperluan dalam Perintah Kawalan Pergerakan, kata Pejabat Perdana Menteri.

Menurutnya, tindakan tegas akan diambil terhadap orang ramai yang ingkar dan tidak mematuhi perintah tersebut. – MalaysiaGazette
 *Tentera bantu polis kawal negara Ahad ini

Tiada ulasan: