Ir Hj Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad
PH seakan hilang arah tujuan, kembali mentaliti kelas rendah
Ir Hj Muhammad Lukman Al Hakim
Muhammad.
KERAJAAN PH yang telah runtuh akibat keegoan dan kebodohan diri sendiri
seakan hilang arah tujuan, menonjolkan kembali mentaliti kelas rendah dan
komen-komen tidak profesional termasuk dari para bekas menteri dan timbalan
menteri. Perangai lama ketika menjadi pihak pembangkang dahulu kembali
menguasai diri
3. Perlu difahami, apabila rakyat memilih ahli Parlimen dalam PRU dan memberikan mandat kepada mereka untuk mewakili rakyat dalam membuat polisi di Parlimen, mereka menjalankan tugas dalam kapasiti individu (walau apa pun parti yang mereka sertai). Kerana itulah agenda ‘Undi Calon Muslim Berwibawa’ itu amat relevan untuk diperjuangkan merentas warna parti politik
4. Ingat, Perlembagaan tidak menyatakan parti atau gabungan parti yang paling banyak memenangi kerusi Parlimen layak membentuk kerajaan. Perkara 43 (2) menyatakan YDPA mempunyai kuasa penuh melantik Perdana Menteri, seorang ahli Dewan Rakyat bagi mempengerusikan Jemaah Menteri yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat. Ya, tiada parti atau pakatan atau barisan disebut dalam Perlembagaan
5. Amalan kebiasaan iaitu gabungan parti politik yang memiliki kerusi Parlimen terbanyak mencadangkan calon PM kepada YDPA adalah logik dan bertepatan dengan Perlembagaan, tapi hakikatnya YDPA berkuasa penuh untuk melantik mengikut budi bicara tuanku tanpa terikat dengan amalan kebiasaan ini
6.
Perlembagaan Persekutuan juga tidak menyatakan calon PM mesti dari parti atau
gabungan parti yang memenangi kerusi terbanyak di Parlimen. Calon bebas juga
boleh menjadi PM. Yang penting PM mesti mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan
Rakyat. Di sinilah pentingnya kita mengubah paradigma dan benar-benar menilai
setiap calon ahli parlimen mengikut neraca individu, agenda perjuangan peribadi
dan kekuatan kepimpinan mereka dan bukannya melalui warna parti
7.
Perkara 43 (2) juga menyebut atas nasihat PM, YDPA hendaklah melantik
menteri-menteri lain daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen.
Maknanya pembentukan Kabinet juga adalah kuasa penuh YDPA dan boleh dilakukan
merentas parti politik. Perlantikan Kabinet dari kalangan ahli Parlimen dari
gabungan parti yang paling banyak memenangi kerusi Parlimen adalah amalan
kebiasaan yang logik dan bertepatan dengan Perlembagaan, namun sekali lagi
kuasa penuh adalah terletak kepada YDPA atas nasihat PM.
8.
Lantas, kerajaan campuran yang melibatkan semua parti dalam Kabinet juga adalah
bertepatan dengan Perlembagaan dan boleh dilaksanakan di Malaysia. Begitu juga
dengan pembentukan Kabinet yang melibatkan ahli Parlimen dari parti politik
yang sedikit kerusinya dalam Parlimen adalah tidak salah. Malah, ahli Parlimen
Bebas yang tidak mempunyai parti juga boleh dilantik sebagai menteri.
9.
Isu terkini yang melanda negara kita menunjukkan setiap proses dan keputusan
yang dibuat YDPA adalah bertepatan dengan perundangan dan Perlembagaan negara.
Tiada istilah ‘kerajaan pintu belakang’. Tiada juga isu ‘mengkhianati mandat
rakyat’ kerana mandat rakyat hanya memilih ahli Parlimen yang terbaik untuk
berada di dewan. Proses seterusnya untuk melantik PM dan jemaah menteri adalah
kuasa penuh dan atas budi bicara YDPA
10.
Kita jadi bodoh kerana terlalu dibuai emosi, tertipu dengan amalan kebiasaan
yang seakan sudah menjadi hukum serta terperangkap dengan permainan politik
yang kita cipta sendiri
Malaysia
baharu memerlukan minda yang terbuka, cita-cita yang mulia serta budaya politik
yang dipandu hukum-hakamNya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan