
KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menubuhkan Tabung Prihatin Covid-19 bagi memberi bantuan kepada pihak yang memerlukan.
Tabung ini diwujudkan untuk mengumpul sumbangan dana orang ramai bagi memenuhi keperluan bekalan makanan kepada kakitangan perubatan dan pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi sekitar Lembah Klang serta pelbagai bentuk sumbangan keperluan am yang berkaitan, kata Setiausaha MAIS, Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar.
Orang ramai atau mana-mana pihak yang berhasrat menghulurkan sumbangan, bolehlah berbuat demikian melalui aplikasi atas talian di http://fpx.mais.gov.my/epay/sedekah.php.
Semua sumbangan terhadap Tabung Prihatin COVID-19 MAIS akan mendapat pengecualian cukai pendapatan di bawah Seksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967 dengan nombor rujukan LHDN 01/35/42/51/179-6.5621 dan No. Warta Kerajaan 14369 bertarikh 27.07.2004. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan