Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Aminudin Shari hari ini mengumumkan jawatan semua pimpinan Bersatu di semua peringkat pentadbiran dalam Kerajaan Negeri Selangor dilucutkan serta-merta.
Menurut beliau, tindakan itu diambil kerana Bersatu tidak lagi dalam Pakatan Harapan berikutan parti itu telah mengumumkan keluar daripada PH pada 24 Februari lalu.
“Pimpinan tinggi PH telah memaklumkan kepada Sultan Selangor bahawa
pentadbiran Selangor tidak lagi dianggotai Bersatu dan secara automatik
bukan lagi dalam gabungan Kerajaan Negeri Selangor.
“Justeru, keterlibatan semua pimpinan dan ahli Bersatu adalah terkeluar daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco), Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Permuafakatan Ketua Kampung (MPKK).
“Ini termasuklah anak-anak syarikat kerajaan negeri serta seluruh
rangkaiannya yang berkaitan sesuai dengan keadaan politik semasa,”
katanya pada sidang media..-SM
“Justeru, keterlibatan semua pimpinan dan ahli Bersatu adalah terkeluar daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco), Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Permuafakatan Ketua Kampung (MPKK).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan