
Suasana perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd yang juga sudah masuk hari ke-88 pada hari ini yang membabitkan bekas Perdana Menteri itu kembali mendapat perhatian yang suatu ketika dahulu kelibat penyokong bekas Perdana Menteri itu semakin surut.
Malah sudah mula terdapat kelibat mereka yang jarang dilihat dan menjarakkan diri kini tiba-tiba muncul kembali.
Seorang sumber memberitahu MalaysiaGazette di lobi mahkamah bahawa beliau tidak menyangka ramai yang tampil secara tiba-tiba mahu merapatkan diri dengan Najib.
“Dulu tidak tahulah mana mereka-mereka ini, secara tiba-tiba ramai pula. Tidak dapat jumpa di rumah, tunggu pula di lobi mahkamah. Ada juga sanggup duduk berjam-jam dalam bilik perbicaraan. Pelik juga apakah sebenarnya agenda mereka ini, dalam politik semuanya tidak menghairankan.
“Jangan terkejut lepas ini lagi ramai akan muncul cuba berbaik dan julang tinggi DSNR nanti, tengok sajalah,” katanya.

Najib juga aktif dalam laman sosial dengan membuat pelbagai pendedahan serta kepincangan kerajaan PH selain daripada mendidik rakyat Malaysia tentang kebaikan kerajaan BN selama 60 tahun.
Sememangnya Najib dianggap sebagai pembangkang yang cukup efektif kerana rata-rata pemimpin kerajaan dilihat sukar untuk berdebat dengan Najib.
Malah kehadiran beliau ke sesatu lokasi boleh menarik orang ramai hanya semata-mata mahu mengambil ‘selfie’ selain ada yang memohon maaf serta mahu pentadbiran beliau kembali menerajui negara.
Bagaimanapun, semalam Najib menolak dakwaan bahawa beliau berminat untuk menjawat jawatan Kabinet, sebaliknya mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada kes-kes mahkamah dan membersihkan namanya terlebih dahulu. – MalaysiaGazette

Sibuk di mahkamah, Najib tidak mahu jawatan kerajaan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan