KUALA LUMPUR – Rakyat negara yang berbilang kaum harus sedar dan mendukung tinggi kepentingan Raja kerana institusi ini berperanan sebagai tiang seri dalam Perlembagaan Persekutuan.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris, jika tiang seri di rumah tidak kukuh dan dijaga, sudah tentu rumah itu akan roboh dan begitu juga dalam konteks hidup bernegara.
“Peranan SPB YDPA cukup besar terutama sekali apabila berlakunya krisis politik angkara PH sehingga runtuhnya kerajaan. Kepimpinan YDPA dapat dilihat apabila krisis ini dapat selesaikan dengan cukup baik dan tidak mencetuskan kekacauan.
”Inilah sebenarnya peranan YDPA iaitu melindungi kestabilan politiek negara. Jika tiada YDPA sudah tentu negara kita akan mengalami pergolakkan politik seperti di rantau lain.
“Seterusnya, isu kerajaan pintu belakang tidak timbul kerana kerajaan Perikatan Nasional wujud setelah diperkenan YDPA dan menjadi tanggungjawab rakyat untuk mengikutinya,” katanya di laman Facebook miliknya.
Najmil yang juga Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kuala Terengganu berkata, beliau menyeru rakyat agar sentiasa ingat kesengsaraan yang dihadapi selama 22 bulan pemerintahan Pakatan Harapan sehingga terjadinya pelbagai perkara di luar jangkaan.
“Jika tiadanya peranan Raja sudah tentu kita tidak akan menikmati keharmonian dan kestabilan politik pada hari ini,” katanya. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan