HALAMAN SANTAI

Sabtu, 7 Mac 2020

Siasat semula kes Adib, LTTE, Guan Eng, himpunan komunis

Prof Zainur Rashid Zainuddin

 

AG mesti dilantik dari kalangan muslim, bersih, berkaliber, berintegriti

SAYA adalah di antara marhein yang bersuara membantah pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara pada 2018 yang lalu.

Rata-rata penyokong kerajaan baharu  Pakatan Harapan (PH),  termasuk seorang Mufti menjawab bahawa tiada masalah untuk melantik Peguam Negara di kalangan non-Muslim asalkan adil dan tiada rasuah.

Tugas seorang AG bukan sekadar mengendalikan kes rasuah tetapi banyak lagi perkara-perkara lain yang besar.

Adakah tiada langsung peguam dan pakar undang-undang yang berkaliber di negara Islam, dengan majoriti penduduknya yang melebihi 61 peratus  adalah muslim?

Saya sangat ‘upset’ dengan banyak perkara, di antaranya :

1. Cara dan hasil pengendalian kes kematian pegawai bomba armarhum Muhammad Adib Mohd Kassim lebih setahun yang lalu, yang masih lagi tiada penghujungnya.

2.  Bagaimana dengan mudah digugurkan kes keterlibatan pemimpin DAP dengan gerakan militan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) ?

3.  Apa penghujung tuduhan kes rogol yang membabitkan Exco Perak (DAP).

4. Bagaimana dengan kes rasuah Lim Guan Eng di Pulau Pinang?

5. Apa hasil siasatan keterlibatan pimpinan DAP yang terlibat?

6.  Apa hasil siasatan keterlibatan pimpinan DAP yang terbabit dengan perjumpaan 400 bekas anggota komunis di Kolej New Era di Kajang?

Saya bersetuju bahawa kes berprofil tinggi yang membabitkan beberapa bekas pemimpin politik negara Barisan Nasional (BN) diteruskan, sama ada sabit atau dibersihkan tanpa gangguan pengaruh politik.

Namun dalam masa yang sama, kes-kes pemimpin PH,  yang digugurkan oleh Tommy Thomas dengan kejutan luar biasa sebegini – mesti dibuka kembali.

Rasuah dan kes-kes jenayah sebegini tidak mengenal latar belakang parti politik dan mesti dikendalikan dengan penuh adil.

Saya berpandangan bahawa jawatan AG untuk negara Malaysia mesti diberikan kepada Pengamal Undang-Undang yang bersih, berintegriti dan berkaliber, dan adalah di kalangan seorang muslim.

https://suara.tv/06/03/2020/15-kes-digugurkan-tak-didakwa-ketika-tommy-thomas-menjadi-peguam-negara/

*Prof Zainur Rashid Zainuddin- Naib Presiden ISMA

Tiada ulasan: