HALAMAN SANTAI

Selasa, 10 Mac 2020

Tuan Ibrahim: Pelantikan ini amanah dari Allah

BERNAMA

Malaysiakini


Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilantik sebagai Menteri Alam Sekitar oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pelantikannya itu sebagai satu amanah daripada Allah SWT yang perlu digalas dengan baik.

Timbalan Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berjanji akan menggalas tugas itu dengan baik sejajar dengan kepercayaan yang diberikan Muhyiddin kepadanya.

"Terima kasih Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin kerana memberi kepercayaan untuk saya menggalas tanggungjawab ini dan juga mengucapkan tahniah kepadanya atas pembentukan kabinet baharu.

"Ini adalah amanah dari Allah SWT dan saya akan melakukan yang terbaik, serta sedaya upaya memenuhi tugas sebagai Menteri Alam Sekitar," katanya ketika dihubungi Bernama.

Muhyiddin mengumumkan Kabinet seramai 31 orang menteri dan buat pertama kali dalam sejarah Malaysia tidak menamakan seorang timbalan perdana menteri tetapi menamakan empat orang menteri kanan untuk membantu beliau menjalankan tugas Perdana Menteri.

Tuan Ibrahim berkata Islam sendiri sangat menuntutkan umatnya untuk menjaga alam sekitar dan sehubungan itu beliau akan menerapkan tuntutan itu dalam konteks penjagaan, pengawalan dan kelestarian alam sekitar termasuk menangani isu pencemaran- Bernama

Tiada ulasan: