Majlis Tertinggi UMNO yang bermesyuarat semalam memutuskan Kerajaan
baharu pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah Kerajaan Perikatan
Ahli-ahli Parlimen yang tidak melibatkan ikatan antara parti-parti
politik.
Kerajaan Perikatan Ahli-ahli Parlimen yang dimaksudkan itu adalah serupa dengan cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad di ambang kejatuhannya beberapa minggu lalu untuk menubuhkan satu Kerajaan Perpaduan yang tidak berasaskan parti-parti, hanya satu kerajaan oleh Ahli-ahli Parlimen sahaja.
Cadangan itu telah ditolak oleh UMNO (dan juga PAS) kerana
Mahthir mencadangkan penglibatan ahli-ahli Parlimen DAP juga dalam
kerajaan tersebut.
Satu perbezaan yang nyata antara cadangan Mahathir dengan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin adalah ketiadaan Ahli Parlimen DAP, PAN dan Warisan sahaja.
Langkah MKT UMNO mengasingkan dan menjarakkan parti dari Kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin adalah langkah awal untuk mengelak UMNO turut dipertanggungjawabkan jika kerajaan Perikatan Ahli-Ahli Parlimen ini gagal melaksanakan aspirasi rakyat
Jika Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin ini gagal, hanya 39 orang Ahli Parlimen UMNO saja yang akan bertanggungjawab, bukan UMNO sebagai sebuah parti. Lebih tepat lagi, kegagalan itu akan hanya dipertanggung jawabkan ke atas sembilan orang Menteri dan lapan Timbalan Menteri dari UMNO dalam Kabinet Muhyiddin Yassin.
Daripada 9 orang Menteri UMNO, berapa orangkah adalah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO?
1. Ismail Sabri Yaakob – Naib Presiden
2. Reezal Merican Naina Merican – MKT
3. Shamsul Anuar Nasarah – MKT
4. Noraini Ahmad – Ketua Wanita
Lima orang lagi Menteri daripada UMNO bukan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO. Mereka ialah Hishamuddin Tun Hussein, Khairy Jamaluddin, Halimah Saddique, Annuar Musa dan Dr Adham Baba.
Soalnya, siapakah yang mencadangkan nama-nama calon Menteri dan Timbalan Menteri dari UMNO kepada Muhyiddin Yassin jika bukan Presiden UMNO sendiri?
Pengguguran Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung UMNO dan Shamsul Anuar Nasarah sebagai Ketua Penerangan UMNO boleh diterjemah sebagai satu tindakan untuk meminimumkan keterlibatan pimpinan tertinggi parti UMNO dalam Kabinet Perikatan Nasional.
Manakala daripada kalangan 8 orang Timbalan Menteri dari UMNO yang dilantik oleh Muhyiddin Yassin, hanya Zahidi Zainul Abidin, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia sahaja adalah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.
Jumlah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang terlibat dalam Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri dalam Kerajaan Perikatan Nasional adalah hanya seramai 5 orang sahaja.
Oleh itu adalah tidak sukar untuk menduga kenapa ada sebilangan daripada Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang terus menerus mempertikaikan Kabinet yang diumumkan oleh Muhyiddin Yassin beberapa hari lalu.
Ada yang pertikaikan kenapa UMNO tidak diberikan kementerian yang dianggap lebih kanan, dan ada juga yang mempertikaikan bilangan Menteri dari UMNO yang tidak berkadaran dengan jumlah bilangan Ahli Parlimen UMNO. Ada yang mendakwa UMNO sudah “kena tipu”.
Kesimpulannya, pendirian Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada hari ini adalah satu keputusan ‘after-thought’ yang sepatutnya telah dibuat lebih awal sepertimana yang telah dilakukan oleh Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg bagi pihak GPS.
UMNO baru sedar ini bukan Kerajaan UMNO, ini Kerajaan Muhyiddin Yassin? – MalaysiaGazette
*— Pandangan ini ditulis oleh pemerhati politik Azizi Safar.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan