Nickyson Nyambar
Tok
Mat mengesahkan bahawa dakwaan beliau telah dipilih sebagai calon
Perdana Menteri untuk Muafakat Nasional (MN) itu adalah tidak benar
sama
sekali. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR : "Sila ambil maklum. Ini adalah berita palsu. Berita palsu 'lebih cepat' tersebar berbanding virus COVID-19. Berhati-hatilah."
Demikian
kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam satu
perkongsian di laman Instagram beliau pada Ahad yang menafikan dakwaan
bahawa beliau telah dipilih sebulat suara sebagai calon Perdana Menteri
untuk Muafakat Nasional (MN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Beliau yang mesra dikenali sebagai Tok Mat memberitahu bahawa dakwaan itu adalah berita palsu.
Dalam masa yang sama Tok Mat turut memaklumkan perkara berkenaan di laman akaun Twitter rasmi beliau @TokMatHasanN9 hari ini.
Menerusi
paparan itu, nama Tok Mat dikatakan telah disenaraikan sebagai calon
Perdana Menteri bagi MN dan telah mendapat undian tertinggi berbanding
calon-calon lain pada Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO baru-baru ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan