Muhafandi Muhamad

Kata Ahmad Jazlan, jawatan presiden diperolehi melalui pemilihan dan
bukannya melalui lantikan. - Gambar ASTRO AWANI/SHAHIR OMAR
MACHANG:
Jangan ada mana-mana pihak yang cuba menimbulkan kekeruhan termasuk
mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berundur atau
menolak beliau, tegas Datuk Ahmad Jazlan Yaakob.
Sebaliknya,
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan itu meminta pihak tertentu
supaya bersabar dan menghormati amalan demokrasi yang diamalkan dalam
parti.
“Jangan
ada pihak yang cuba menimbulkan kekeruhan di saat parti berdepan dengan
sesuatu tugasan besar untuk jadi penyemak dan imbang kepada kerajaan
hari ini.
“Kalau kita terus timbul
pergolakan dengan memberi tekanan supaya Pesiden parti berundur belum
sampai tempoh masa, bererti kita tidak hormati sistem demokrasi dalam
parti,” katanya, di sini pada Khamis.
Katanya, jawatan presiden parti diperoleh melalui pemilihan dan bukannya melalui lantikan.
“Apabila sampai masa yang sesuai, dapatkan sokongan dari akar umbi dan tawar diri bertanding,” tambahnya.
Beliau
yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO menjelaskan, bukan sebab untuk
pertahankan atas nama Zahid Hamidi, sebaliknya ia kerana nama institusi
presiden.
Beliau dalam masa yang sama tidak menolak kemungkinan terdapat usaha dan gerakan ke arah mencabar presiden secara tersusun.
Sebelum ini terdapat kenyataan daripada sayap Pemuda di beberapa bahagian meminta Ahmad Zahid berundur.
Sementara
itu, mengulas mengenai kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri
Annuar Musa Yang mendakwa UMNO sudah berpecah kepada tiga kumpulan,
Ahmad Jazlan mendakwa, perpecahan hanya berlaku dalam kalangan pemimpin
yang mencetuskan polemik berpanjangan kerana akar umbi masih setia
kepada parti dan institusi presiden.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan