KUALA LUMPUR: Penggantian Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) sudah mendapat persetujuan lisan daripada presiden parti komponen BN.
Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan yang memaklumkan berkenaan perkara itu berkata, ia akan diabsahkan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN dalam masa terdekat.
"Mesyuarat (Majlis Kerja Tertinggi UMNO) mengambil maklum mengenai pertukaran jawatan Setiausaha Agung BN yang digalas semula secara tradisinya oleh Setiausaha Agung UMNO.
"Perkara ini sudah mendapat persetujuan lisan presiden parti komponen," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan semalam mengesahkan dilantik ke jawatan itu bagi menggantikan Tan Sri Annuar Musa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan