Sinar Harian
Najib
berkata, ramai pihak lupa bahawa beliau telah berikrar untuk
meneruskan
kes mahkamah yang dikenakan ke atasnya oleh Peguam
Negara sebelum ini
walaupun berlakunya pertukaran hakim. - Gambar
fail/Astro AWANI
SHAH ALAM:
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan beliau
merupakan individu yang menjadi dalang dalam penolakan UMNO untuk
bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan
Perikatan Nasional (PN).
Sebaliknya beliau berkata, keputusan tersebut diputuskan oleh hampir kesemua bahagian UMNO yang telah bermesyuarat sebelum ini.
Menurutnya,
dakwaan yang mengatakan bahawa beliau menolak kerjasama tersebut
disebabkan mahu kes mahkamahnya digugurkan juga adalah tuduhan yang
tidak berasas.
“Setelah keputusan
mesyuarat perwakilan seluruh UMNO menolak krjasama dengan Bersatu, saya
tengok page pro-PN Otai buat puluhan hantaran tentang saya serta
propaganda yang tersebar melalui WhatsApp yang tuduh saya adalah dalang
untuk menolak Bersatu serta kerjasama dalam kerajaan PN.
“Kononnya
saya buat begitu sebab saya mahu kes mahkamah saya digugurkan. Kenapa
pula saya adalah dalang sedangkan keputusan menolak kerjasama dengan
Bersatu ini adalah keputusan hampir semua bahagian-bahagian UMNO?
“Adakah
Najib masih begitu berpengaruh untuk mengarahkan hampir semua
perwakilan dalam semua bahagian UMNO? Dah lebih dua tahun setengah, saya
bukan lagi Presiden UMNO atau Barisan Nasional. Ahli Majlis Tertinggi
UMNO pun bukan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Rabu.
Mengulas
lanjut, Najib berkata, ramai pihak lupa bahawa beliau telah berikrar
untuk meneruskan kes mahkamah yang dikenakan ke atasnya oleh Peguam
Negara sebelum ini walaupun berlakunya pertukaran hakim bagi perbicaraan
tersebut.
Menurutnya yang juga Ahli
Parlimen Pekan, beliau juga tidak pernah menulis sebarang surat
representasi kepada Peguam Negara bagi meminta supaya kesnya digugurkan.
“Cuba
fikir kenapa saya tidak mahu menjadi seperti Lim Guan Eng yang kesnya
telah digugurkan setelah perbicaraan bermula. Jika kes saya ditarik
balik maka saya akan kehilangan peluang agar nama saya dibersihkan
sepenuhnya.
“Dan keraguan ke atas saya
akan terus menghantui saya seumur hidup jika kes ditarik balik begitu
sahaja. Sebab itu saya tidak mahu jadi seperti Guan Eng.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan