Syah Hairizal Kamalul Arifin
Datuk
Seri Bung Moktar Radin berkata, pemecatan Annuar tidak dinafikan
boleh
menghasilkan 'tempias' tersendiri, terutamanya di peringkat akar
umbi. -
Gambar fail
KOTA KINABALU:
Pemecatan Tan Sri Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional
(BN) tidak menjejaskan momentum Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di negeri
berkenaan.
Pengerusi Perhubungan UMNO
Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, meskipun begitu, pihaknya
tidak menafikan perkara berkenaan boleh menghasilkan 'tempias'
tersendiri, terutamanya di peringkat akar umbi.
"Tidak
dapat dinafikan memang ada sedikit tempiasnya khususnya kepada
masyarakat di peringkat akar umbi, tetapi di peringkat kepimpinan saya
telah menyatakan bahawa UMNO Sabah dan bersama-sama sahabat kita akan
sentiasa mempertahankan kerajaan (GRS)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Astro AWANI ketika ditemui di pejabat UMNO Sabah, Kota Kinabalu, pada Selasa.
Pemecatan Annuar sebagai Setiausaha Agung BN diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini.
Tempat beliau digantikan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Sementara itu, Bernama melaporkan tiada masalah perebutan atau pembelian ahli dalam parti-parti yang membentuk GRS, kata Bung Moktar.
Beliau berkata perkara itu tidak timbul kerana negara mengamalkan demokrasi politik.
"Terpulang
kepada rakyat untuk pilih parti mana yang mereka mahu, dan tiada isu
perebutan atau membeli ahli, bukan senang mahu beli ahli (kerana) mereka
tahu mana parti yang mereka mahu pilih.
"Saya
minta semua pihak dalam GRS memberi fokus dalam usaha membantu rakyat,
ini masa kita membantu rakyat dan jangan lagi kita berlaga-laga pasal
keahlian, jangan buang masa untuk fikir masalah yang tidak memberi
keuntungan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat dan Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang (APC) JKR Sabah di sini, hari ini.
Beliau
berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai isu 'pembelian ahli'
parti yang dilaporkan menjadi pertikaian antara beberapa pemimpin UMNO
dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) baru-baru ini.
GRS
merangkumi persepakatan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN)
dan Parti Bersatu Sabah (PBS), membentuk kerajaan negeri Sabah selepas
pilihan raya negeri ke-16 September lepas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan