HALAMAN SANTAI

Rabu, 20 Januari 2021

Pemimpin jangan takut-takutkan ahli kononnya UMNO akan dijual.

  Wartawan SuaraMerdeka

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata, UMNO akan kekal utuh dan kuat jika pemimpinnya tidak diperalat serta terus dipimpin oleh mereka yang diterima rakyat.

“Tak usahlah guna taktik menakutkan ahli kononnya kita perlu watak lindungi UMNO dari di ‘BERSATUkan’ di ‘PASkan’. Dalam kerajaan PN (Perikatan Nasional) ada 12 parti bekerjasama.

“Adakah mereka diBERSATUkan? adakah UMNO Sabah diBERSATUkan? adakah UMNO Kelantan diPASkan?” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Beliau berkata, ketika mereka menakut-nakutkan ahli pada masa sama ada pula tindakan untuk membina kerjasama dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

“Beberapa tukang penulis naratif di menara, nampaknya sibuk dengan mereka-reka cerita untuk menghalalkan perbuatan beberapa pemimpin mensendirian berhadkan’ parti.

“Dasar dan keputusan parti dengan mudah di langgar dan mereka terlepas, tidak di kena tindakan malah makin bebas menuduh mereka yang mempertahan dasar dan keputusan parti sebagai yang nak menjual parti.

“Mereka ingat dunia ini ana yang punya, mungkin kerana sudah terlalu lama memerintah dunia..masih belum mahu berpijak dibumi nyata,” katanya.

Tiada ulasan: