KOTA BHARU: Pas menyerahkan kepada keputusan pimpinan parti berhubung hubungan dengan UMNO dalam Muafakat Nasional (MN).
Timbalan
Mursyidul Amnya, Datuk Ahmad Yakob berkata pihaknya bersedia menerima
apa jua arahan yang bakal diputuskan pucuk pimpinan parti.
"Kita merujuk kepada (perjanjian) MN dan kita rujuk kepada para pimpinan kita. Apa-apa arahan kita terima.
"Kita bersyukur kerana selepas 22 bulan Pakatan Harapan (PH) memerintah, dalam keadaan yang kita lihat telah memberi kesan yang besar kepada orang Melayu dan kedudukan Islam, bila dapat bertukar (kepada Perikatan Nasional), itu satu rahmat kepada kita.
"Jadi kita kena bina ini (PN)," katanya pada sidang media selepas Majlis Amanat kepada Kakitangan Penjawat Awam Negeri di Wisma Kota Darul Naim, di sini hari ini.
Kenyataan Ahmad itu merujuk kepada permuafakatan dalam kerajaan PN yang perlu dipertahankan kerana ia memberi manafaat kepada rakyat.
Pas katanya bersyukur selepas 22 bulan PH mentadbir, wujud satu kerajaan bersama yang boleh membela nasib rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan