Fauzi Suhaimi
Khairuddin
berkata, pengisytiharan itu tidak wajar sama sekali lebih-lebih
lagi
apabila Perdana Menteri hilang sokongan majoriti ahli Parlimen. -
Gambar
fail
KUALA LUMPUR:
Bekas Penyelaras Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Parlimen
Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini mengemukakan saman
pemula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, terhadap Perdana Menteri, Tan
Sri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan Malaysia berhubung Proklamasi Darurat.
Beliau
berkata, tindakan saman pemula itu dibuat mengambil kira kedudukan
seorang Perdana Menteri yang tiada keabsahan boleh menasihati Yang
di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
bagi mendapat perkenan pengisytiharan darurat.
Tegasnya,
perkara itu tidak wajar sama sekali lebih-lebih lagi apabila Perdana
Menteri telah hilang sokongan majoriti ahli Parlimen.
Bagaimanapun,
jelas beliau, saman berkenaan tiada kena-mengena dengan Yang di-Pertuan
Agong, kerana sebagai rakyat Malaysia beliau senantiasa menjunjung
tinggi Raja-Raja Melayu dan berpaut erat pada prinsip ‘raja dan rakyat
berpisah tiada’.
"Saya
telah mengarahkan peguam saya Muhammad Rafique dari Tetuan Law Practice
of Rafique untuk memfailkan ‘saman pemula’ adalah berteraskan kepada
prinsip memegang erat kepada kedaulatan undang-undang.
"Niat
utama saya dalam memfailkan ‘saman pemula’ ini adalah untuk meminta
pandangan daripada badan kehakiman mengenai kedudukan seorang Perdana
Menteri yang telah hilang sokongan majoriti sama ada mempunyai ‘locus standi’ untuk menasihati Baginda bagi Proklamasi Darurat di negara kita," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
Dalam
pada itu, Khairuddin berkata, tindakan pengisytiharan darurat
bercanggah dan bertentangan dengan sistem politik yang berteraskan
kepada amalan demokrasi.
"Tindakan melulu
Muhyiddin bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan harus dicabar
serta diserahkan kepada pihak mahkamah untuk membuat keputusan
mengenainya.
"Kita harus elakkan ‘bad precedent’ seperti ini daripada diamalkan dalam sistem politik yang berdasarkan kepada amalan demokrasi tulen.
"Secara
sejujurnya, saya sama sekali tidak mempertikaikan sebarang bentuk kuasa
yang ada pada Yang di-Pertuan Agong seperti mana termaktub dalam
Perlembagaan negara kita.
"Pertikaian dan
persoalan saya adalah mengenai seorang Perdana Menteri yang tidak lagi
mempunyai sokongan majoriti dari ahli-ahli Dewan Rakyat yang telah
‘salah nasihat’ Baginda," katanya.
Mengulas
lanjut, beliau menambah, perbuatan berkenaan juga jelas bercanggah dan
tidak menghormati keluhuran undang-undang secara sah.
"Sehubungan itu, kita harus serahkan kepada bidang kehakiman yang bijaksana untuk membuat keputusan secara sahih.
"Jangan
sama sekali kita biarkan undang-undang negara dipersendakan oleh
ahli-ahli politik yang tidak berprinsip serta tidak bermoral," tegasnya
lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan