HALAMAN SANTAI

Isnin, 25 Januari 2021

Surat Untuk Anwar - Darurat utk elak ahli politik bercakaran. Spt yg dikatakan oleh Prof. Shamrahayu



Dari dlu lagi parlimen dan DUN memang tempat yg agak panas krn dlm tu mereka kebal undang², jadi main lepas saja. Jgn kan dlm dewan kat luar pun mereka lebih galak lagi bercakaran sghpun itu akn mendedahkan mereka kpd proses undang².


Alhamdulillah Negara kita aman dan baik² saja.

Klu darurat ni utk elak MP bercakaran, lama dlu jgn kata bercakaran ada juga yg hampir bertumbok...knp PM pd masa itu tak minta YDPA utk istihar DARURAT ?

PKP rasanya da memadai...tgk PKP 1.0 hampir berhasil dan berjaya, Cuma digagalkan oleh kerajaan yg ada skrg ni melalui proksinya cuba merampas kerajaan SABAH melalui pembelian ADUN hingga PRN terjadi. Bkn sy yg cakap tapi memetik kata² ahli politik...boleh rujuk kenyataan ahli politik sblm dan selepas PRN SABAH.

Jadi bila kes COVID ni meningkat pemicunya bertitik tolak dr PRN itu. Siapa yg memulakan semua ini ? Itu belum kira lagi peristiwa yg berlaku feb 2020 di PJ. Siapa yg dpt keuntungan dan laba darinya ? Ramai yg tahu dan setuju cuma tidak dpt berkomentar disini.

PKP sdh terbukti berjaya knp perlu darurat diistiharkan dan apa perlunya parlimen digantung ?

Majoriti suka, bersimpati dan tahu sosok MUHYIDDIN YASSIN. Cuma skrg ramai tidak bersetuju dgn cara dan langkah politik beliau bergelumang dgn org² yg diragui keikhlasannya apalagi sejarah dan jejak mereka dlm politik.

Ramai juga yg akui semua ini adalah nasihat yg salah akibat dipengaruhi oleh mereka yg menggunakan PM utk mencapai cita² serakah mereka. Ketika mengambil tampuk pemerintahan dari PH kita perlu sedar apa perlunya menukar golongan Profesional GLC kpd ahli politik ? Dalam suasana pandemik knp jwtan menteri dan kabinet terlalu byk ? Dan skrg apa fungsi kabinet yg besar itu sdgkan gaji emolumen dan lain² keistimewaan masih berjalan ?

Melalui rentetan ini maka wajar la segelintir pihak mengatakan darurat ini adalah darurat politik yg hanya mengatasnamakan covid19 sebagai alasan...

Malaysia negara demokrasi, biar berjalan tanpa dikekang oleh kekuasaan. Jika tidak setuju baik kita tukar kpd monarki atau sistem pemerintahan ala tentera.

Kenapa ahli politik sangat rakus, tamak dan haloba dgn kuasa ? Apa perlunya kuasa itu perlu dikekalkan jika majoriti sdh terbukti tiada ? Apakah tiada lagi rakyat MALAYSIA yg boleh memimpin dan mentadbir negara ini ?

Sy bukan ahli mana² parti politik dan tidak cenderung dgn mana² parti, jauh sekali PKR UMNO mahupun PAS apalagi DAP. BERSATU juga bukan...mana yg baik dan wajar sy sokong dan akui...cuma sy kurang bersetuju DARURAT...PKP ok. MINDA RAKYAT

Tiada ulasan: