Fareez Azman

Tun
Faisal berkata proses peremajaan parti seperti yang dilaungkan
UMNO
perlu diterjemahkan dengan memberi peluang kepada pemimpin
muda. -
Gambar fail
KUALA LUMPUR:
UMNO perlu menonjolkan imej yang baik serta mempunyai sistem
penggantian kepimpinan baharu untuk kekal relevan dan diterima rakyat,
kata Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz.
Beliau berkata, pemimpin muda serta golongan pelapis perlu diberikan peluang untuk memimpin parti itu.
"Saya
memberi gambaran secara prinsip... lebih senang berpegang kepada
prinsip... kalau kepimpinan parti itu senang diterima, imej yang baik,
kredibilitinya ada, kemahiran ada, okay selesai.
"Kedua
sistem pengantian dan pemilihan dalam UMNO. Kalau kita tengok, ia tidak
jadi menarik sebab muka-muka lama... begitu lama... kepimpinan
bahagian, negeri dan pusat.
"Sebab
itu dalam kepimpinan Pemuda UMNO, kita ada had umur 40 tahun. Bila umur
40 tahun, mahu tidak mahu mereka kena cari pengganti. Nak jadi ketua
pemuda bahagian kena muka yang baharu, pelapis dan penganti, yang
terlatih dan sebagainya.
"Tetapi ini
tidak berlaku (dalam UMNO)... naib ketua bahagian, timbalan ketua
bahagian, ketua bahagian, presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi
(MKT)... masalahnya bila tidak ada had, ia akan berpanjangan. Ini
masalah dalam UMNO sekarang menyebabkan orang muda tidak boleh ke
depan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Khamis.
Tambah
Tun Faisal lagi, proses peremajaan parti seperti yang dilaungkan UMNO
perlu diterjemahkan dengan memberi peluang kepada pemimpin muda
dijadikan senator di Dewan Negara.
"Perlu
ada eksperimen untuk meremajakan parti, tetapi ada keputusan-keputusan
yang saya sendiri tidak faham. Contoh, senator (Dewan Negara) ini adalah
tempat anak-anak muda di groom, tetapi saya tidak faham apabila kepimpinan UMNO mengambil orang berumur 70 tahun ke atas diletakkan di kerusi senator.
"Letaklah tempat lain tidak mengapa, sebab itu grooming process... kita
nak membina lapisan baharu, tapi tidak ada had. Bila tiada kaedah dan
garis panduan akhirnya UMNO jadi tidak menarik di pandangan mata orang,"
katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan