HALAMAN SANTAI

Jumaat, 8 Januari 2021

UMNO perlu buang rasa dendam terhadap Bersatu

Oleh TOREK SULONG
DR. Nik Muhammad Zawawi Salleh (berjubah) menyampaikan bantuan awal persekolahan kepada ibu bapa di Dewan Penggawa Daerah Semerak, Pasir Puteh, hari ini.-UTUSAN/TOREK SULONG

PASIR PUTEH: Pas tidak akan menerima sebarang jajaran politik baharu yang melibatkan DAP dan PKR, sebaliknya mahu terus mendukung kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersama UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Sehubungan itu, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh mengajak UMNO membuang rasa dendam terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan kembali bersama dalam satu saf bagi mengekalkan kuasa yang ada.

“Penyatuan sedia ada termasuk PN dan MN (Muafakat Nasional) sudah menjadi pelengkap bagi menguruskan pentadbiran negara sebagaimana dituntut Islam.

“Kita tidak boleh berpegang pada pandangan politik sempit berasaskan kemarahan atau dendaman berasaskan dendaman. Ini merosakkan negara dan saya khuatir sejarah hitam 22 bulan lepas akan berulang,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Baucer Bantuan Awal Persekolahan Peringkat Parlimen Pasir Puteh di Dewan Penggawa Daerah Semerak, di sini hari ini.

Nik Muhammad Zawawi yang juga Ahli Parlimen Pasir Puteh berkata, sebelum ini, MN melakar sejarah besar yang tidak pernah berlaku di negara Arab iaitu kesudian Pas dan UMNO yang bertelagah sejak sekian lama untuk duduk bersama.

Penyatuan tersebut kata beliau, terjadi kerana Pas yang pernah dikhianati selain  berpuluh tahun telah ditindas UMNO tetap sanggup membuang perasaan dendam dan memaafkan parti seteru itu.

“Saya boleh bercakap (hal ini) sebab kertas kerja perpaduan saya yang buat melalui Dewan Ulama. Kita boleh maafkan UMNO dan bersatu dengan UMNO.

“UMNO dan Bersatu dah tentu ada masalah dia.. Kita harap dia (UMNO) jadi lebih terbuka. Kalau Pas boleh maafkan (UMNO), sebab apa dia (UMNO) tak boleh maafkan orang lain?” katanya.

Katanya, beliau sering terdengar cakap-cakap di pihak UMNO, kononnya  kemelut parti itu dengan Bersatu sama sebagaimana kisah Pas dengan parti serpihannya, iaitu Parti Amanah Negara (Amanah).

“Saya nak sebut kita sebenar terbuka. Kalau Amanah sebagai parti, kita tak boleh terima sebab bersama DAP dan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim.. tetapi kalau dia bertaubat dan balik ke jalan Islam atas nama individu, kita terima,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: