HALAMAN SANTAI

Isnin, 25 Januari 2021

UMNO Terus Cekal Tegakkan Kebenaran, Bangkit Dengan Penuh Hikmah – Ahmad Zahid

UMNO ONLINE

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tegas berkata UMNO bukan parti tidak sedar diri, bukan parti lemah dan UMNO tahu apa yang sepatutnya UMNO tahu.

Katanya, UMNO tahu suatu ketika ia pernah tewas angkara fitnah dan pembohongan.

“UMNO cekal pada kebenaran. UMNO terus menegakkan kebenaran.

“Dan kebenaran itu lebih berhak untuk diikuti” (والحق أحق أن يتبع)

“Dengan itu juga UMNO sama sekali tidak ‘surrender’. UMNO tidak tunduk, dibuli atau dibeli,” tegas Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dalam satu hantaran di Facebook miliknya.

Tambah Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, UMNO berusaha bangkit dan InsyaAllah kebangkitan UMNO sedang berlaku.

“UMNO bangkit dalam diam penuh hikmah. UMNO bangkit tanpa melukut di tepi gantang.

“Bertawakal pada Tuhan – UMNO tahu apa yang patut dilakukan. Pisang tidak berbuah dua kali,” ujarnya.

Justeru katanya, UMNO tetap mara dan dengan izinNya lambang parti yang gagah akan terus dipandang mulia dan indah. – UMNO ONLINE

Tiada ulasan: