KUALA LUMPUR – Pendekatan berbeza perlu diambil bagi mengubah pesepsi golongan muda terhadap politik.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Zuraida Kamaruddin berkata, ini kerana golongan muda tidak mahu menerima politik kerana berpendapat ia kotor.
“Politik ketika ini dalam kalangan orang muda sangat sensitif. Mereka berkata politik adalah kotor. Dan orang muda tak nak terima (politik).
“Jadi pendekatan perlulah berbeza kerana kita perlu menyedarkan mereka bahawa politik itu adalah untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya selepas Program Srikandi Muda, di sini, hari ini.
Menurutnya, perkara itu perlu difahami sebaiknya supaya golongan muda yang menceburkan diri dalam politik tidak hanya menyasarkan jawatan parti.
Sementara itu, Zuraida memberitahu, penglibatan golongan muda sebagai pemimpin dalam parti masih rendah, terutamanya golongan wanita. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan