AGENDA DAILY
Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari menempelak artis grafik Fahmi Reza yang ditangkap polis kerana menghina Permaisuri Agong sambil mengucapkan ‘selamat memberi keterangan’.
Beliau juga menasihatkan artis itu supaya berpegang teguh dengan pendirian sebagaimana pemimpin komunis Kesatuan Soviet dan Republik Rakyat China.
“Apapun saya ucapkan Selamat Memberikan Keterangan. Teguhlah seteguh Karl Marx yang mempertahankan Das Capital nya, atau seperti Mao Tse Tung yang memimpin Parti Komunis China.
“Dan kali ini saya harap DAP tidak bersolidariti bersama manusia ini lagi,” kata Ahmad Fadhli yang turut membuat laporan polis terhadap Fahmi, semalam.
Terdahulu, Fahmi ditangkap di rumahnya kira-kira jam 7 malam tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut.
Tangkapan itu dipercayai ada kaitan hantarannya dalam laman sosial berhubung Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Dalam hantarannya Fahmi juga menyenaraikan lebih 100 lagu yang berkisar mengenai ‘dengki’ dan disiarkan dalam laman Spotify.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan