Bernama
Zuraida
pernah menyuarakan cadangan agar Perikatan Nasional menjalin
kerjasama
dengan Ahli Parlimen Langkawi itu sebelum ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Zuraida Kamaruddin
berkata, beliau bersetuju sekiranya bekas Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).
"Saya
amat mengalu-alukan sekiranya Tun Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad)
sertai PN," katanya ketika ditanya mengenai kemungkinan bekas Pengerusi
Bersatu itu bekerjasama dengan PN.
Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri program Srikandi Muda Leadership Empowerment, di sini hari ini.
Zuraida
yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, beliau
pernah menyuarakan cadangan agar PN menjalinkan kerjasama dengan Ahli
Parlimen Langkawi itu sebelum ini.
Media
baru-baru ini melaporkan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah
Zainuddin berkata, gabungan itu sedia menerima mana-mana individu untuk
menyertainya termasuk Dr Mahathir, namun perlu mengikut semua ketetapan
perlembagaan parti tanpa sebarang syarat.
Dr
Mahathir yang juga Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang)
sebelum ini mengulangi pendiriannya yang beliau sedia menimbang
kerjasama dengan mana-mana pihak termasuk PN hanya sekiranya tiada
'penyangak' dalam parti berkenaan.
Mengenai
pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di bazar Ramadan di bawah
pihak berkuasa tempatan, Zuraida berkata, hingga hari ini, satu bazar di
Pulau Pinang dikompaun manakala tiga lagi bazar diarahkan tutup
masing-masing di Kedah, Terengganu dan Selangor, kerana gagal mematuhi
SOP.
Katanya, memasuki hari ke-11
Ramadan, peniaga dan penganjur bazar kini semakin berpengalaman dan
teratur dalam pengurusan gerai mereka mengikut SOP yang ditetapkan.
"Secara
keseluruhan, sebanyak 1,122 bazar beroperasi. Tiga diarahkan tutup tapi
boleh beroperasi semula. Kita tengok (dan beri) taklimat balik mengenai
SOP, perbetulkan dan perkemaskan SOP," katanya. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan