HALAMAN SANTAI

Sabtu, 24 April 2021

Bimbang berlaku ketirisan selepas kerajaan pinda Akta KWAN – Norliza

WhatsApp-Image-2021-01-28-at-10
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim.

KUALA LUMPUR – Akur dengan keperluan negara untuk membeli vaksin tetapi bimbang berlaku ketirisan memandangkan perbelanjaannya tidak diputuskan melalui Parlimen.

Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Norliza Abdul Rahim melahirkan kebimbangan terhadap perkembangan terbaharu di mana kerajaan telah meluluskan satu ordinan darurat baru meminda Akta Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) 1988 bagi menggunakan dana dalam akaun tersebut digunakan bagi tujuan pembelian vaksin Covid-19.

“Saya bersetuju dengan keperluan segera peri mustahaknya pembelian vaksin tersebut namun ketelusan perlu ada memandangkan pindaan undang-undang ini tidak dapat diteliti oleh Parlimen yang telah digantung selepas pengisytiharaan darurat.

“Pindaan ini akan memberi kuasa sepenuhnya kepada kerajaan tanpa pengetahuan dan pemantauan sesiapa.

“Saya khuatir ketirisan dan salah guna kuasa mungkin timbul dan kesangsian rakyat terhadap kegunaan peruntukkan ini adakah ianya untuk pembelian vaksin?” soalnya dalam satu kenyataan hari inii.

Norliza yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO menegaskan, Parlimen telah meluluskan Belanjawan 2021 dengan sejumlah RM322.5 billion tahun lalu yang mana RM3 billion telah diperuntukkan untuk pembelian vaksin.

“Memandangkan ianya telah diperuntukkan, mengapakah kerajaan perlu meminda Akta KWAN bagi dana tersebut untuk memberi vaksin?

“Adakah RM3 billion hanya sebahagian daripada RM 322.5 billion yang diluluskan oleh Parlimen tahun lepas?” soalnya lagi.

Sehubungan itu, beliau mendesak agar kerajaan memberi penjelasan dalam perkara ini agar amalan ketelusan dipraktikkan di dalam pentadbiran.

Beliau mengulas lanjut mengenai tindakan kerajaan mewartakan Ordinan Darurat KWAN (Pindaan) 2021 yang membolehkan kerajaan menggunakan dana kumpulan wang itu untuk perolehan vaksin dan perbelanjaan berkaitan program imunisasi kebangsaan.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: