Fareez Azman

Satu
kenyataan media daripada 13 Ketua Cabang AMK Selangor memaklumkan
hilang kepercayaan terhadap Akmal Nasrullah Mohd Nasir (gambar) pada
Khamis. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Selepas beberapa hari bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri
Selangor, Najwan Halimi digugurkan daripada jawatan susulan rombakan
Jawatankuasa AMK Selangor, 13 daripada 21 Ketua-Ketua AMK Cabang Negeri
Selangor hari ini menolak pelantikan Ketua AMK Selangor yang baharu dan
menyatakan hilang kepercayaan terhadap Ketua AMK Malaysia.
Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan media ringkas pada Khamis.
"Kami
mewakili majoriti ketua-ketua AMK Cabang dalam Negeri Selangor dengan
ini menolak pelantikan Ketua AMK Selangor yang baharu dan secara sebulat
suara memutuskan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Akmal Nasrullah
Mohd Nasir selaku Ketua AMK Malaysia.
"Majoriti
Ketua-Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Selangor telah hilang
kepercayaan terhadap kepimpinan Ketua AMK Malaysia.
"Kami
merujuk kepada kenyataan media oleh Setiausaha AMK Malaysia, Syukri
Razab bertarikh 30 Jun 2021 berkaitan pertemuan secara maya bagi
membincangkan pemilihan Ketua AMK Negeri Selangor yang baharu," jelas
kenyataan itu.
Malah, kenyataan
Setiausaha AMK Malaysia bahawa jumlah kehadiran ketua-ketua AMK Cabang
seramai 18 orang disifatkan sebagai tidak benar dan mengelirukan.
"Untuk
makluman, jumlah Ketua-ketua AMK Cabang dalam Negeri Selangor yang
menyertai pertemuan secara maya pada 29 Jun 2021 adalah seramai 15 orang
sahaja.
"(Mereka) iaitu dari cabang
Kuala Langat, Hulu Langat, Gombak, Bangi, Tanjong Karang, Kapar, Hulu
Selangor, Kota Raja, Petaling Jaya, Selayang, Sabak Bernam, Shah Alam,
Pandan, Sungai Buloh dan Sepang.
"Sebanyak
enam ketua AMK cabang tidak menyertai pertemuan secara maya tersebut
iaitu cabang Puchong, Klang, Damansara, Kuala Selangor, Ampang dan
Subang," jelas kenyataan itu lagi.
Malah ditegaskan bahawa Ketua AMK Cabang Sungai Besar telah melepaskan jawatan beberapa minggu yang lalu.
Tambah kenyataan itu lagi, satu Kongres AMK Luar Biasa dituntut diadakan bagi memilih semula Ketua AMK Malaysia yang baharu.
Kenyataan
itu diwakil Ketua AMK Cabang Kuala Langat, Puchong, Damansara, Hulu
Langat, Bangi, Hulu Selangor, Tanjong Karang, Kota Raja, Klang, Petaling
Jaya, Kapar, Gombak dan Ampang.
Pada
Isnin, menerusi satu surat yang ditandatangani oleh Setiausaha AMK Ahmad
Syukri Che Ab Razab memaklumkan pemecatan pemimpin sayap pemuda PKR
itu.
Manakala AMK Selangor dan Perlis
pula dibubarkan dan Ahmad Syukri menambah dalam surat itu bahawa Ketua
AMK, Akmal Nasir akan melakukan rundingan untuk melantik kepemimpinan
baharu di Selangor dan Perlis
Tiada ulasan:
Catat Ulasan