Syafik Shukri Jalil

Shafie
Apdal mengingatkan kerajaan persekutuan agar menjunjung titah Agong dan
Majlis Raja-Raja serta menangani segera permasalahan rakyat bagi
mengelak lebih banyak kemudaratan - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan digesa untuk menyegerakan sidang parlimen selaras dengan titah Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
Menurut
Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, ini
kerana Malaysia mengamalkan pemerintahan Sistem Demokrasi Berparlimen
dan Raja Berpelembagaan dan perkara ini perlu dijaga, dihormati dan
dipertahankan.
‘’Selaras
dengan titah Tuanku yang mahu persidangan parlimen diadakan segera
menunjukkan bahawa baginda Tuanku sangat prihatin dan memahami akan
kesusahan yang dihadapi rakyat.
‘’Sudah
tentu banyak perkara dapat dibincangkan, diselesaikan dan seterusnya
memberi manfaat kepada rakyat, terutama perkara-perkara berkaitan
Ordinan-Ordinan Darurat COVID-19,’’ katanya menerusi satu kenyataan pada
Khamis.
Tambahnya, kerajaan Perikatan
Nasional juga diingatkan supaya jangan bersikap angkuh seperti tahu
semua perkara walaupun sebenarnya masih lagi tidak pasti dengan banyak
perkara.
‘’Apa yang terjadi pada hari ini
adalah menggambarkan keadaan sebenar yang berlaku, ramai rakyat hilang
punca pendapatan, syarikat-syarikat tidak dapat meneruskan operasi dan
terpaksa buang pekerja, peniaga-peniaga kecil banyak yang gulung tikar.
‘’Banyak
keluarga terputus bekalan makanan, anak-anak kecil tiada susu, ramai
yang tidak dapat mengadakan bekalan asas makanan untuk seisi keluarga,
kesempitan hidup semakin parah dan lain-lain situasi yang tidak
menyebelahi kebanyakkan rakyat,’’ tambahnya.
Justeru,
jelas ADUN Semporna itu, sekiranya titah tersebut masih tidak dihormati
dan derita rakyat tidak ditangani dengan sewajarnya kemudaratan lebih
besar bakal menyusul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan