Astro Awani

Ketiga-ketiga
calon tersebut mendapat undian tertinggi dan ia sekali gus menunjukkan
responden bandar percaya dengan tugas dan tanggungjawab yang dipikul. -
Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli
merupakan calon perdana menteri kesembilan pilihan majoriti responden
bandar.
Sinar Harian melaporkan,
dalam satu kaji selidik dalam talian bertajuk ‘Siapa PM Selepas TS
Muhyiddin?’ yang dibuat oleh Profesor Adjung dan Pengarah Inovasi Sosial
dan Perubahan (SLAS) Taylor's University, Anas Zubedy.
Anas
berkata, ketiga-ketiga calon tersebut mendapat undian tertinggi dan ia
sekali gus menunjukkan responden bandar percaya dengan tugas dan
tanggungjawab yang dipikul.
“Selain itu, ada juga calon yang meraih undian ramai antaranya Anthony Loke dari DAP.
“Walaupun
beliau dari DAP, undian yang diperoleh bukan dari satu kaum sahaja,
tetapi kaum lain juga turut mengundi beliau sebagai calon Perdana
Menteri yang kesembilan.
"Jadi di sini kita lihat Anthony Loke turut mendapat kepercayaan yang tinggi.
“Bagaimanapun
kita perlu faham, kajian yang dilakukan ini lebih tertumpu kepada
responden yang berada di bandar sahaja,” katanya ketika menjadi panelis
Wacana Sinar edisi ke-269 bertajuk ‘PM9: Abah atau Siapa’ yang disiarkan
di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa.
Wacana
tersebut turut menampilkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMIR
Research, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff dan Penganalisis Politik,
Profesor Madya Dr Kartini Aboo Talib @Khalid, manakala Ismail Adnan
bertindak sebagai moderator.
Bagaimanapun, Anas berkata, untuk tempoh dua tahun ini janganlah adakan pilihan raya ataupun perebutan kuasa.
Menurut
Anas, beliau lebih gemar sekiranya Tan Sri Muhyiddin Yassin mencari
jalan lain untuk mengumpul satu pakatan baharu termasuk pihak
pembangkang yang ada sekarang.
“Kita ada dua orang yang sebelum ini mempunyai pengalaman yang cukup luas iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang.
Kedua-duanya kalau kita lihat dah lama nak menjaga Malaysia.
“Justeru,
kalau masing-masing boleh bantu Muhyiddin, kita boleh kembalikan
kestabilan politik selain menangani isu Covid-19, ekonomi, rasuah,
perpaduan negara dan alam sekitar di negara,” katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: SINAR PM: Khairy, Nurul Izzah, Rafizi calon PM ke-9
Tiada ulasan:
Catat Ulasan