HALAMAN SANTAI

Jumaat, 5 November 2021

Idris, Nor Azman nilai tambah PH hadapi PRN Melaka

Mohamad Afiq Abu Bakar. - Foto NSTP/Nazri Abu Bakar
Mohamad Afiq Abu Bakar. - Foto NSTP/Nazri Abu Bakar

MELAKA: Kehadiran bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron menyertai Pakatan Harapan (PH) bakal menjadi nilai tambah buat gabungan itu menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Timbalan Ketua Cabang PKR Kota Melaka, Arshid Samad, berkata Idris yang memiliki karisma tersendiri dan berpengalaman sebagai Ketua Menteri sedikit sebanyak mampu memperkasakan PH selepas dipecat daripada UMNO.

Katanya, atas kapasiti individu Idris memiliki pengaruh tersendiri untuk berdepan parti lamanya serta gabungan Barisan Nasional (BN) pada PRN kelak.

"Malah, penyertaannya bersama bekas ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan yang turut menarik sokongan kepada BN dianggap perkembangan menarik buat PH pada PRN.

"Sama ada mereka berdua boleh membawa dan menarik pengikut baharu ke dalam PKR atau Parti Amanah Negara (AMANAH) terserah kepada kebijaksanaan kedua-duanya yang bakal diketengahkan dalam kempen," katanya ketika ditemui hari ini.

Ashid Samad . - Foto NSTP/Nazri Abu Bakar 

Ashid Samad . - Foto NSTP/Nazri Abu Bakar

Bagi Setiausaha Cabang PKR Kota Melaka, Mohamad Afiq Abu Bakar, penyertaan Idris dan Nor Azman boleh memberi impak kepada persediaan PH untuk menghadapi PRN.

"Saya juga yakin akar umbi sedia menerima penyertaan mereka sebagai ahli PKR jika kepemimpinan tertinggi memberi lampu hijau berkaitan perkara itu," katanya.

Hari ini, Pengerusi PH yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilaporkan berkata kedudukan tiga bekas ADUN Melaka untuk bertanding atas tiket gabungan PH pada PRN dalam peringkat akhir perbincangan.

Tiada ulasan: