MALAYSIA POST
AHLI Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek membidas dakwaan Veteran DAP, Lim Kit Siang berhubung pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (DUN ) Melaka dan Sarawak untuk mengenakan parti itu.
Beliau berkata, kenyataan Kit Siang seolah-olah menggambarkan bahawa DAP ‘dimangsakan’ berhubung pelaksanaan kedua-dua PRN berkenaan.
Katanya, Kit Siang sebagi seorang yang berjiwa demokratik sepatutnya mengalu-alukan kedua-dua PRN itu diadakan kerana ia memang sepatutnya.
“Semua tahu DUN Sarawak sepatutnya dah berakhir pertengahan tahun ini. Cukup tempoh untuk dapat mandat baru dari rakyat.
“Bila PRN Melaka dah boleh, tak ada alasan nak tangguh lagi. Ada pula yang rasa dimangsakan.
“Sepatutnya seorang yang berjiwa demokrat menga-alukannya,” katanya menerusi Facebook.
Semalam, Kit Siang berkata, PRN Melaka dan Sarawak disifatkan sebagai tamparan hebat buat partinya.
Katanya, langkah itu dilaksanakan bertujuan memanfaatkan kekecewaan rakyat terhadap pentadbiran singkat kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Terdahulu, PRN Melaka terpaksa diadakan selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menarik sokongan terhadap kepemimpinan Datuk Seri Sulaiman Md, sekali gus menyaksikan kerajaan negeri yang diterajui BN tumbang.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 8 November sebagai hari penamaan calon, diikuti 16 November bagi undi awal dan 20 November hari mengundi umum.
Hari ini, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg mengumumkanDUN Sarawak bubar berkuat kuasa 3 November lalu.
Beliau berkata, Speaker DUN akan maklumkan kepada SPR berhubung pembubaran DUN Sarawak. – Malaysiapost
Tiada ulasan:
Catat Ulasan