HALAMAN SANTAI

Rabu, 24 November 2021

Kit Siang terus ratib nama Najib

MALAYSIA POST

Kit Siang terus ratib nama Najib

SUSULAN kekalahan teruk Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, veteran DAP Lim Kit Siang berterusan meratib nama Datuk Seri Najib Razak.

Hampir setiap hari Kit Siang ‘menyerang’ Najib, terbaharu beliau mendakwa Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) sedang mencatur strategi untuk kembali menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

“Najib Razak berharap yang beliau boleh menyusup masuk dan menjadi Perdana Menteri ke-10 dalam PRU15 tanpa persoalan tersebut menjadi isu tumpuan negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri berkata, dunia akan mentertawa Malaysia jika Najib sekali lagi dibenarkan memimpin negara berikutan skandal rasuah yang terpalit kepada bekas Perdana Menteri keenam itu

“Jika Najib berjaya, Malaysia akan sekali lagi menjadi bahan ketawa dunia, lebih-lebih lagi selepas Indonesia kini dilihat semakin mengejar Malaysia dalam perang melawan rasuah sejak dua dekad lalu.

“Malaysia menjadi semakin korup, sementara Indonesia semakin pulih daripada amalan rasuah, sebuah trend yang akan disahkan selepas Transparency International (TI) mengeluarkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2021 pada Januari 2022 nanti.

“Malaysia akan berdepan masalah berganda jika PRU15 diadakan tahun hadapan, dengan Najib kembali menjadi Perdana Menteri ke-10 dan dalam masa sama CPI pula mengeluarkan laporan TI 2021, yang bakal menandakan trend penurunan untuk Malaysia dalam perang melawan rasuah,” katanya. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook/Lim Kit Siang

Tiada ulasan: