HALAMAN SANTAI

Rabu, 24 November 2021

Tanpa Dr M, baru PH tahu ‘langit tinggi rendah’ – Khairuddin

  MALAYSIA POST

Tanpa Dr M, baru PH tahu ‘langit tinggi rendah’ – Khairuddin

PRESTASI buruk Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka antara lain disebabkan hilang 12 peratus undi Melayu tanpa kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad. 

“Sekarang baru PH tahu ‘langit tinggi rendah’ tanpa kehadiran Dr Mahathir mereka gagal membawa sekurang-kurangnya 12 peratus undi Melayu untuk menyokong PH. 

“Seandainya (Datuk Seri) Anwar ibrahim berprinsip; beliau harus letak jawatan sebagai Ketua Pembangkang. 

“Ketua Pembangkang sudah tidak relevan lagi kerana PKR pun gagal raih kemenangan walaupun satu kerusi DUN di Melaka,” kata Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini. 

Khairuddin berkata faktor lain menyebabkan kekalahan PH apabila Anwar dan DAP ‘masuk perangkap’ Umno serta Barisan Nasional (BN) setelah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan. 

“Mereka lakukan kesilapan tetapi akhirnya tetap menyalahkan Dr Mahathir dalam segenap segi yang tiada kaitan langsung. 

“Ini adalah faktor utama kekalahan mereka di Melaka kerana rakyat tidak lagi menghormati serta percaya kepada percaturan politik Anwar serta PH,” katanya. – Malaysiapost

Tiada ulasan: