Amirrul Rabbani

Menurut
Idris, sebaliknya keputusan itu dibuat atas semangat perpaduan ummah
yang membabitkan tiga parti Melayu-Islam iaitu Pas, UMNO dan Bersatu. -
Gambar fail/BERNAMA
TAIPING:
Keputusan Pas menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN) bagi
menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini bukan
sebagai mahu berlawan dengan UMNO yang berada dalam Barisan Nasional
(BN), kata Naib Presiden Pas, Idris Ahmad.
Menurut
beliau, sebaliknya keputusan itu dibuat atas semangat perpaduan ummah
yang membabitkan tiga parti Melayu-Islam iaitu Pas, UMNO dan Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Katanya,
walaupun bertanding dengan menggunakan logo PN namun matlamat Pas dalam
PRN Melaka masih sama iaitu menentang Pakatan Harapan (PH).
“Setakat
hari ini keputusan kita gunakan tu bukan (untuk) berlawanan dengan
UMNO, kita masih lagi dalam konteks peraduan ummah, antara Pas, UMNO dan
Bersatu.
“Kita masih lagi dalam konteks untuk kita menghadapi satu musuh kita iaitu PH, jangan (mereka) berkuasa di Melaka,” jelasnya.
Beliau
berkata demikian kepada pemberita pada program bantuan Musaadah Banjir
Dewan Undangan Negeri (DUN) Trong, di Taiping pada Khamis.
Selasa
lalu, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan media
memaklumkan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas meluluskan penggunaan
lambang PN dalam PRN Melaka.
Ketetapan
itu, kata Abdul Hadi, mengambil kira panduan yang diberikan Majlis
Syura Ulama (MSU) Pas yang bersidang 31 Oktober lalu dan selaras dengan
Peruntukan Fasal 84 Perlembagaan Pas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan